CARA PEMAKANAN BERSAMA JUS MATE 5

September 2nd, 2010
Comments Off

MASIH ramai lagi pengguna yang tertanya-tanya apakah cara terbaik untuk berdiet dengan Jus Mate 5 (JM5). Disini ada beberapa tips untuk pengguna amalkan semasa mengambil JM5.

DIET 1 (BERAT KURANG DARI 80KG)

Sarapan pagi : Hanya JM5
Tengahhari: Gantikan dengan sedikit makanan ringan seperti sup sayur, tomyam atau sandwich.
Petang : Ambil buahan seperti apple hijau

DIET 2 (BERAT LEBIH 80KG)
Sarapan pagi: Hanya JM5
Tengah hari: Gantikan dengan sedikit makanan ringan seperti sup sayur, tomyam atau sandwich.
Petang : Ambil buahan seperti apple hijau
Malam : AMbil JM5 sebelum tidur

Selepas mengambil JM5, setelah sejam anda bolehlah minum air kosong sebanyak 1.1 liter dan anda akan merasa kenyang. Elakkan mengambil sebarang makanan berkalori selepas empat jam pengambilan JM5.
Anda pasti akan mendapat hasil yang berkesan kerana program diet JM5 ini memberi jaminan kepada anda untuk memperoleh bentuk badan idaman.

PERINGATAN!!!

Campurkan serbuk Mate 5 dengan 400-500ml air sejuk dalam bekas “shaker” bertudung, goncang dan JM5 sedia diminum.
Pastikan perkara berikut :

- 2 jam sebelum ambil JDM 5 – perut kosong dari sebarang kalori
- 4 jam selepas ambil as JDM5 – perut kosong dari sebarang kalori.
JIKA LAPAR – boleh minum air kosong sbb air – ZERO KALORI

DIET BERSAMA JUS MATE DI BULAN PUASA

Pengguna boleh mengambil JUS MATE 5 pada waktu sahur tanpa perlu mengambil makanan lain.
Banyakkan minum air masak semasa sahur untuk mengaktifkan JUS MATE 5 dan memberi tambahan tenaga sepanjang hari ketika berpuasa.

JUS MATE 5 akan memberi tenaga , kenyang dan dapat melakukan kerja harian seolah-olah tidak berpuasa sebelum tiba waktu berbuka.

Bagi mereka yang mengamalkan JUS MATE 5 2 kali sehari , disyorkan mengambil sepeket JUS MATE 5 pada waktu sahur dan sepeket lagi selepas menunaikan solat tarawih. JUS MATE 5 akan berfungsi menjalankan proses penghadaman.

Bagi pengguna yang mengalami gastrik , mereka disyorkan mengambil ubat gastrik terlebih dahulu dan pastikan mengambil JUS MATE 5 2 jam selepas itu bagi mengelakkan diserang gastrik
.

CADANGAN ATURAN MINUMAN DIET JUS MATE 5 DI BULAN RAMADHAN

DIET 1 ( BERAT KURANG DARI 80KG )

sarapan pagi ( sahur ):
hanya jus mate 5
air masak secukupnya.
Berbuka puasa ( maghrib ) :
Dahulukan dengan buah kurma , dan air masak.
Sup sayur, tomyam atau beehon sup.

DIET 2 ( BERAT LEBIH DARI 80KG )

sarapan pagi ( sahur ):
hanya jus mate 5
air masak secukupnya.
Berbuka puasa ( maghrib ) :
Dahulukan dengan buah kurma , dan air masak.
Sup sayur, tomyam atau beehon sup.
malam ( selepas solat tarawih )

pastikan perut kosong dari kalori selama 2 jam sebelum dan selepas mengambil jus mate

PERINGATAN!!

campurkan serbuk jus mate dengan 400-500 ml air sejuk ke dalam bekas ” shaker bertudung ” goncang dan jus mate sedia di minum.

anda tidak akan merasa sakit perut memulas. Apa yang anda rasa adalah macam biasa sahaja dan selesa.

Filled Under: Artikel Menarik, Tips Kesihatan

MANGSA JM5 TIRUAN ALAMI DARAH BEKU DI PERUT

August 17th, 2010

<Ihsan daripada FB DR.Rozmey>

JITRA, 17 Ogos – Seorang wanita dari Puchong , Selongor mengalami pendarahan beku pada perut selepas mengambil produk Jus Mate 5 (JM5) TIRUAN sejak tiga bulan lalu.

Shazia Akhtar bt Mohamed Salim, 25, terpaksa mendapatkan rawatan susulan di hospital selepas penyakit yang dialaminya semakin serius.

Menurutnya, dia mula menggunakan produk tiruan itu selepas membelinya daripada rakan sepejabatnya yang mendakwa mendapatkan bekalan produk dari sebuah butik kecantikan di Wangsa Maju.mgsa JUsmate palsu

Katanya, selepas membuat pemeriksaan untuk pengesahan kehamilan, dia terkejut apabila dimaklumkan bahawa dia tidak hamil dan mempunyai masalah kesihatan lain.

“Pada mulanya saya jangka mengandung kerana perut saya membesar dan tidak datang haid untuk tempoh tertentu. Namun selepas membuat pemeriksaan,perasaan gembira bertukar menjadi sedih apabila saya dimaklumkan mengalami masalah lain.

“Saya mempunyai masalah berat badan dan berhasrat untuk menurunkan berat badan dengan harapan untuk menimang cahaya mata pertama. Alangkah sedihnya apabila sayatertipu dan menggunakan produk tiruan yang mendatangkan kesan kepada kesihatansaya,” katanya.

Shazia berkata, selain kerugian wang ringgit, dia juga terpaksa mengambil cuti selama enam hari selepas menjalani rawatan di sebuah hospital swasta.

Katanya, dia akan bekerjasama denganpihak Datuk Dr Che Rozmey Che Din untuk memastikan pengguna lain tidak tertipudengan lanun produk JM5 tiruan.

Nota : Hanya dapatkan jusmate5 dan produk2 HPM daripada pengedar HPM yang sah.

Filled Under: Artikel Menarik

.:JM5 Kekal Tenaga Sepanjang Berpuasa:.

August 22nd, 2009

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog ini. Syukur ke hadrat Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan yang mulia ini dan semoga kita semua dapat memanfaatkan bulan ini dengan sebaiknya. :-)

Sempena bulan puasa ini, saya ingin berkongsi artikel menarik yang dipetik dari laman web rasmi Herba Prima dan pernah disiarkan dalam Harian Metro (sila klik pada artikel untuk besarkan):

 metro_300808_puasa

Cara pengambilan Jus Mate 5 semasa berpuasa:

Saya juga banyak menerima pertanyaan mengenai cara pengambilan Jusmate 5 semasa puasa. Secara ringkasnya, kita disyorkan mengambil Jusmate 5 di bulan puasa sewaktu sahur atau selepas terawih.

Sahur : Bangun awal dan bersahur dengan JusMate 5, sementara menanti waktu Imsak anda digalakkan minum air kosong sebanyak mana yang mampu.
Berbuka : Berbuka dengan buah kurma dan minum air kosong segelas dua. Ini adalah untuk mengelakkan kita makan banyak nanti. Maklumle dh puasa seharian perut mesti terasa lapar kan. Kemudian makan dalam kuantiti yang sedikit sekadar untuk menghilangkan lapar. Secara tak langsung badan pn terasa ringan &  nak beribadat pn senang. :-)

Bagi mereka yang mempunyai berat badan yang melebihi 100kg, anda disyorkan mengambil Jus Mate 5 selepas terawih atau sebelum tidur.

InsyaAllah dengan pengambilan yang konsisten dan mengikut cara yang disyorkan, anda akan berpuashati dengan hasilnya nanti.

Mungkin anda kena cari saiz baju yang kecil sikit untuk Hari Raya .. :-)

 

Wassalam..

Filled Under: Artikel Menarik

RAMUAN dR8 TANGANI MASALAH MATA

August 18th, 2009

<Ihsan dari FB  dr rozmey | herba prima marketing on Tuesday, August 17, 2010 at 4:48pm>

JITRA, 17 Ogos – Satu lagi  produk kesihatan yang dikatakan mempunyai keajaiban dan mujarab keluaran Herba Prima Marketing (HPM) adalah dR8 iaitu sejenis produk minuman kesihatan yang membantu pengguna dalam merawat masalah penglihatan.

Menurut Ketua Pegawai EksekutifHerba Prima Marketing (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) pelbagai vitamin dan ramuan-ramuan lain digunakan untuk menghasilkan formulasi ini antaranyaVitamin C, E, A, Biberry, Zinc, Carotenoid, dan Beta Carotene.

“Kandungan Vitamin C adalahbertujuan sebagai anti-oksida yang menghalang kecederaan sel, menguatkan dinding salur dan mengawal darah di dalam badan,” katanya.

Katanya lagi, vitamin E pula bertindak sebagai antioksida dan mampu melindungi sel-sel retina mata dari kecederaan dan Vitamin A pula amat penting untuk mencegah kunjuntiva, korneadari kekeringan dan buta waktu malam serta pertumbuhan retina yang baik,”terangnya.

“Kemudian kandungan Biberry jugaterkandung di dalam dR8 untuk meningkatkan pigment retina membolehkan matamelihat cahaya dan membolehkan sel darah merah melalui kapilari untuk membekal oksigen serta mampu membuka salur darah dan menurunkan tekanan darah manakala Zinc membantu mencegah degenarasi macular dan membantu menghalang kebutaan.

“Beta Carotene pula menghalangkebutaan waktu malam dan mampu meningkatkan imuniti, melindungi dari kanser dantoksin yang merupakan antioksida yang terbaik untuk kesihatan dan Carotenoid berfungsi menghalang  degenarasi macular yang menyebab kebutaan mata,” katanya ketika ditemuramah.

Filled Under: Artikel Menarik

Merawat masalah Obesiti

May 17th, 2009

Merawat masalah Obesiti

Pada hari ini masalah lemak berlebihan yang keterlaluan atau juga dikenali sebagai obesiti merupakan antara topik paling popular dibicarakan terutama mengenai usaha untuk mencari penawarnya.

Pengaruh Barat yang dipaparkan melalui iklan-iklan dan pertunjukan-pertunjukan fesyen bahawa mereka yang bertubuh kurus dianggap cantik dan sempurna menyebabkan ramai di antara kita berusaha untuk mendapatkan berat badan yang sedemikian.

Selain kesedaran berhubung kesan obesiti pada status kesihatan dan perkembangan psikososial seseorang, berat badan berlebihan sering dikonotasikan dengan gambaran negatif. Namun, rata-rata mereka yang berusaha mendapatkan berat badan idaman dan mengekalkannya sering menemui jalan buntu.

Pakar Perunding Perubatan (Endokrinologi), Jabatan Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Nor Azmi Kamaruddin berkata, dalam menangani masalah obesiti, individu terbabit kena memahami tubuh badan dan keadaan diri mereka sendiri. Menurut beliau, mereka yang ingin menurunkan berat badan perlu realistik. “Senario proses menurunkan berat badan yang kita lihat hari ini rata-ratanya agak tidak praktikal. “Contohnya, jika berat badan ialah 100 kilogram, individu terbabit ingin menurunkan hingga ke 60 kilogram. Ini adalah sesuatu yang tidak praktikal dan mustahil,” ujarnya.

Obesiti diertikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak. Dianggarkan sebanyak enam peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah ini. Menurut Dr. Nor Azmi, peningkatan penyakit diabetes di negara ini sejajar dengan meningkatnya masalah obesiti.

Pada tahun 2000, kadar peningkatan diabetes meningkat hingga 10 peratus berbanding tiga peratus pada tahun 1992. “Di England, peningkatan obesiti sama banyaknya dengan masa yang dihabiskan ketika menonton televisyen,” jelasnya. Tambah beliau, dalam usaha menurunkan berat badan masalah yang sering timbul ialah mengekalkannya. “Biasanya apabila kita telah berusaha untuk mengurangkan berat badan, masalah yang muncul ialah untuk mengekalkan berat badan baru yang telah kita peroleh,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang ingin menurunkan berat badan supaya tidak terlalu obses dengan berat badan yang mereka ingini. Sebaliknya, sasaran utama yang perlu ditekankan ialah individu terbabit haruslah realistik dengan berat badan yang ideal dan sesuai dengan ketinggian mereka.

Pada peringkat awal, cuba kurangkan berat badan sebanyak 10 peratus dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan. Tambahnya, mereka yang menghadapi masalah obesiti juga tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan program-program menguruskan badan yang banyak digembar- gemburkan di media massa. “Sebahagian besar produk atau program-program yang ditawarkan untuk menguruskan badan terbukti tidak benar-benar berkesan. “Memang ada yang berjaya dengan menggunakan kaedah ini, tetapi kejayaan seseorang tidak boleh dijadikan ukuran sebenar untuk menilai keberkesanan sesuatu produk,” ujarnya.

Dr. Nor Azmi memberitahu, untuk membuktikan sama ada sesuatu produk itu benar- benar berkesan kepada pengguna, ia haruslah dibuktikan secara saintifik dengan lebih 50 peratus pesakit berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh enam hingga 12 bulan. Menurut beliau, terdapat empat kaedah yang perlu dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah obesiti. Ini termasuklah diet, senaman, ubat-ubatan dan pembedahan.

Diet
1.   Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.

2.   Elakkan menggunakan susu pekat manis.

3.   Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.

4.   Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.

5.   Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan.

6.   Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.

7.   Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan.

8.   Senaman:

o   Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.

o   Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali.

o   Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.

9.   Ubat-ubatan – Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga 10 peratus berat badan. Terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu:

o   Lipase inhibator. Ubat ini menghalang enzim lipase di dalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh. Bagaimanapun, ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki sistem penghadaman makanan.

o   Ubat mengekalkan paras hormon adrenalin dan serotonin. Dengan memakan ubat ini, ia akan mengawal fungsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang. Kesan sampingannya ialah hipertensi, sukar tidur, jantung berdebar, panas dan sebagainya.

o   Ubat kencing manis. Ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitiviti sel terhadap hormon insulin.

o   Ubat antikemurungan. Walaupun ia boleh menurunkan berat badan, ia tidak digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan.

10.   Pembedahan – Pembedahan ini bukan pembedahan kosmetik yang boleh menguruskan badan. Ia hanya digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti yang serius. Jaminan keberkesanan kaedah ini ialah sebanyak 90 peratus dengan pengurangan berat badan antara 30 hingga 50 kilogram. Namun, ia juga mempunyai implikasi tersendiri seperti muntah, kekurangan zat vitamin dan jahitan terbuka. Antara jenis pembedahan yang dilakukan ialah:

o   Jaw wiring – mengecilkan bukaan rahang mulut supaya individu tersebut tidak boleh makan dengan banyak.

o   Gastric reduction – mengecilkan kandungan perut supaya makanan tidak dapat diisi dengan banyak.

o   Ile-jujenal bypass (Roux-EnY) – pembedahan pintasan di mana perut akan disambung terus ke usus kecil sekali gus menghalang makanan daripada dihadamkan.

Kesesuaian Berat Badan (BMI)
Kaedah untuk mengukur kesesuaian berat badan BMI (Indeks Jisim Badan) kg 72 Ketinggian (m2) 1.7×1.7 Ukuran berat badan boleh dilakukan berdasarkan panduan seperti:
1.   Normal: 17-25
2.   Berat badan berlebihan: 25-30
3.   Obesiti tahap I: 30-35
4.   Obesiti tahap II: 35-40
5.   Obesiti tahap III: 40 ke atas

Punca

Hampir sebahagian besar masalah obesiti ini berpunca daripada faktor luaran seperti:
1.   Pemakanan. Pemakanan yang berlebihan terutama makanan yang mengandungi kalori (tenaga) tinggi. Ini termasuklah makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.
2.   Kurang melakukan senaman.
3.   Kesibukan bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa di depan komputer.
4.   Penyakit-penyakit metabolisme endokrin seperti kekurangan atau terlebih hormon pertumbuhan kortisol. Sekiranya kekurangan hormon thyroxsin atau kekurangan hormon lelaki (testosteron) seseorang boleh mengalami masalah berat badan berlebihan. Ada kalanya ketumbuhan pada hipotalamus boleh menyebabkan individu mempunyai berat badan berlebihan kerana selera makan yang tinggi.
5.   Ubat-ubatan. Amalan memakan sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau ubat tradisional Cina boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes dan hipertensi.
6.   Masalah genetik. Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Sindrom-sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh menyebabkan obesiti.
7.   Sindrom metabolik. Sindrom metabolik iaitu sejenis penyakit keturunan menyebabkan seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan, diabetes, hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi, gout dan sebagainya.

Bagaimana menyukat tahap obesiti

Selain berat badan berlebihan, seseorang boleh menilai sama ada ia tergolong dalam kategori obesiti melalui ukuran diameter di pusat:
•   Bagi wanita jika ukuran melebihi 88 sentimeter = risiko tinggi mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti.
•   Bagi lelaki jika ukuran melebihi 102 sentimeter = risiko tinggi untuk mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti.

Implikasi obesiti

Risiko menghidap pelbagai penyakit seperti:
•   Penyakit hipertensi

•   Penyakit jantung koronari

•   Diabetes Mellitus

•   Kanser terutamanya kanser buah dada, usus dan lain-lain

•   Gout dan sakit sendi (osteoartritis)

•   Masalah pernafasan – sleep apnea syndrome

•   Masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder)

•   Bagi wanita mereka biasanya menghadapi masalah sakit puan seperti kitaran haid yang tidak menentu, ketidak- suburan dan sebagainya.

•   Risiko psikososial:
Individu yang terlalu gemuk akan menghadapi masalah kurang keyakinan diri kerana mereka menjadi bahan bualan. Dari aspek sosial, masyarakat memandang rendah terhadap mereka dan tidak ramai yang ingin bergaul dengan mereka. Kajian menunjukkan individu yang mengalami obesiti kurang mendapat peluang kenaikan pangkat dalam pekerjaan mereka kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat malas.

Filled Under: Artikel Menarik

Doc-K

April 20th, 2009

dock_small

Doc-K penemuan baru dalam penjagaan dan perawatan sakit sendi dan urat.

Pertama kali bertindak dengan 2 cara

(i). Menghilangkan kesakitan

(ii). Membaiki sendi dan rawan yang rosak.

Sakit sendi yang manafaat dari pengamalan Doc-K seperti :

  1. Osteoarthiritis (OA)
  2. Rheumatoid Arthitis (RA)
  3. Gout
  4. Ankylosing Spondylitis

Kebanyakan sakit sendi adalah akibat kerosakan sendi dan juga keradangan sendi termasuk kemusnahan rawan sendi dan keradangan serta kecederaan urat, ligament dan tendon.

Kerosakan rawan sendi dan ketumbuhan tulang sendi yg baru menyebabkan gerakan sendi menjadi sukar dan sakit.

Kerosakan dan kesakitan ini boleh disebabkan oleh kecederaan fizikal seperti kenaikan berat badan, kecederaan semasa bersukan atau kemalangan atau disebabkan oleh penyakit autoantibodi seperti Rheumatoid arthritis atau crystal uric acid dalam kes Gout.

Bahan aktif dalam Doc-K seperti Celery ( Apium Graveolens) mampu merawat kerosakan sendi dan mengurangkan sakit. Celery juga mampu bertindak membuang toksin dalam badan dan tingkatkan system saraf utama menjadikan mengamal Doc-K merasa lebih sihat selain meningkatkan pertahanan badan.

Marine collagen dalam Doc-k mempercepatkan pembentukan dan membaiki rawan sendi yang rosak.

Vitamin C – bertindak membantu memulihkan rawan sendi yang rosak dan dengan mempercepatkan kesan tindak balas celery dan collagen dalam pembentukan rawan sendi .

Serbuk Ginger – Membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan setempat.

Formulasi hebat ini terbukti mampu merawat sakit sendi kronik dengan kadar penyembuhan yang luar biasa, dengan pengambilan selama 4 ke 6 bulan, pesakit akan tidak mengalami kesakitan dan pergerakan sendi yang lebih baik 90% sekurangnya selama setahun.


CARA AMALAN:

1. Campurkan sebuk Doc-K kedalam 300ml air .

2. Goncang sehingga sebati dalam bekas bertudung

3. Doc – K sedia untuk diminum.
Ambil ½ jam selepas makan , sekali atau 2 kali sehari.

Filled Under: Artikel Menarik

ShoutMix chat widget

Komen Terkini

Exchange Banner

Link to us with the banner and we'll link back to you. You may use the codes below. Thank you!

idamanhati

<a href="http://jusmate5.idamanhati.com"><img title="idamanhati" src="http://idamanhati.com/jusmate/wp-content/uploads/2009/07/idamanhati.gif" alt="idamanhati" width="160" height="60" /></a>