.: Testimoni terbaru :.

May 18th, 2009

Bermacam ubat atau teh diet saya cuba amalkan tetapi berat badan saya tidak juga turun. Pada tahun 2007 saya nekad untuk diet iaitu tidak makan nasi selama 4 bulan. Saya cuma mengambil minuman bijirin sewaktu pagi, tengahari dan malam. Hasilnya berat badan saya hanya berkurangan sebanyak 7 ke 8 kg sahaja. Diet saya ini berterusan sehingga Hari Raya Aidil Fitri tahun 2007. Selepas itu saya mula makan semula dan hasilnya berat badan saya bertambah kembali sehingga 103kg. Manakala pinggang seluar saya bersaiz 44 inci.

SEBELUM 103 kg

SELEPAS 83 kg

Read more…

Filled Under: Testimoni JDM5

.: Pelbagai testimoni :.

May 18th, 2009
Comments Off

Sumber : Web rasmi Herba Prima Marketing

noor

PN.NOOR

Saya mengunakan JDM5 ciptaan Dr.Rozmey. Ternyata ia amat berkesan, hanya dalam 10 minggu saya miliki badan yang saya idami

zura

PN ZURA

Kawan karib saya (Pn.Ismarabi) menasihati saya mengamalkan JDM5, dan melihat kesan ajaib ada kawan saya Pn. Ismarabi saya berasa amat yakin dan hasilnya hanya dalam 4 minggu saya turun berat 7 kg.Bagi saya yang paling penting JDM5 ni ,berkesan, mudah ,tanpa rasa lapar atau letih. Yang terpenting ia selamat. Anda diluar sana patut mencubanya, pasti anda berpuas hati !!!

zaiton

PN ZAITOON

Saya terkejut melihat perubahan pada Pn. Salina selepas hanya 3 minggu tidak berjumpa. Pn.Salina menasihati saya mengamalkan JDM5 ciptaan Dr. Rozmey. Ternyata ia memeberikan perubahan ketara pada saya,… Perut saya tidak buncit lagi kesan nya hanya dalam 2 minggu, ianya amat berkesan, hanya 4 minggu sahaja saya turun 7 kg. Kini saya hanya amalkan JDM5 seminggu sekali sahaja, JDM5 mudah dan berkesan. Anda patut mengamalkannya .

salina

PN SALINA

Setelah melahirkan anak bongsu saya semenjak 7 tahun lepas. Saya gagal dalam usaha menurunkan berat badan saya.Berbagai produk dan cara saya cuba , namun saya tetap kecewa. JDM5 diperkenalkan oleh Dr. Rozmey pada saya dan ternyata ia satu formula yang ajaib! Saya mampu memiliki berat idaman saya .bagai tak percaya saya mampu turun 21 kg hanya dalam 14 minngu. Kini saya hanya amal JDM5 sekali dalam 2 minggu dan berat saya tetap tidak naik semula. Kini saya aktif menjual JDM5 dan pendapatan bulanan dengan menjual JDM5 melebihi RM 2000. Saya sudah mengalaminya, anda disana jangan lepaskan peluang keemasan ini. Cubalah JDM5 sekarang……anda pasti teruja !!!


Filled Under: Testimoni JDM5

.:Cara Mengempiskan Perut Yang Boroi:.

May 17th, 2009

(Sumber : “BlogPakaHowTo )

  • Lakukan selama 3 minit sehari. Anda boleh melakukannya ketika membuat kerja-kerja yang lain.
  • Yang pentingnya di sini, menghembus / meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat.
  • Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.
  • Menurut pakar, ketika kita bernafas, otot perut adalah lebih banyak digunakan ketika menghembus nafas daripada ketika menarik nafas.
  • Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, penggunaan otot perut menjadi kan kesannya berlipat kali ganda.

Tak percaya!? Cubalah!!

Filled Under: Tips Kesihatan

Tips mudah untuk membakar kalori

May 17th, 2009


exercisesenam

Adakah anda tiada masa untuk membuat senaman? Cuba cara  mudah ini yang tidak memerlukan spesifik masa untuk bersenam. Cara ini boleh dilakukan semasa membuat kerja-kerja harian yang lain dan dalam masa yang sama akan tetap mengekalkan kecergasan badan malah membantu untuk membakar kalori yang berlebihan.

  1. Bersenam 3 kali sehari selama 10 minit setiap kali (waktu pagi, tengahari atau lewat petang). Senaman ini boleh dilakukan hanya di dalam rumah seperti ‘streching’.
  2. Semasa di pejabat, lakukan senaman meja atau berjalan ke meja rakan kerja anda daripada menelefonnya.
  3. Gunakan tangga dan elakkan dari menggunakan lif dan escalator ke tempat kerja atau semasa membeli belah.
  4. ‘Parking’ kereta lebih jauh daripada tempat kerja atau tempat yang ingin dituju. Anda akan berjalan dari tempat letak kereta ke destinasi.
  5. Keluar berjalan-jalan selepas waktu bekerja. Luangkan lebih banyak masa di luar rumah daripada duduk diam di dalam rumah. Anda juga boleh berjalan-jalan di pusat membeli-belah (window shopping).
  6. Berhenti setiap jam apabila membaca atau menonton TV untuk melakukan aktiviti fizikal selama 10 minit.
  7. Basuh kereta anda sendiri. Ini boleh membantu untuk bakar kalori yang berlebihan.
  8. Lakukan kerja rumah dengan pantas seperti mengemas atau menyapu rumah.
  9. Berkebun atau memotong rumput dihalaman rumah. Ini juga dapat membantu anda mengeluarkan peluh dan membakar kalori berlebihan.
  10. Bermain bersama anak-anak pada waktu petang. Anda digalakkan supaya bermain bersama anak daripada hanya memerhatikan mereka bermain.

Ingat bahawa masih belum terlambat untuk bertindak sekarang untuk menjadi sihat!

Filled Under: Tips Kesihatan

Kenapa mudah gemuk?

May 17th, 2009

Golongan pelahap dan tabiat mereka yang makan lebih laju sehingga kenyang adalah

3 kali ganda lebih mudah gemuk berbanding mereka yang makan secara perlahan

dalam jumlah yang sederhana.


Lelaki dan wanita yang suka makan sehingga kenyang adalah 2 kali ganda lebih

mudah untuk menjadi amat gemuk berbanding responden lain yang makan

secara sederhana. (Universiti Osaka)

Filled Under: Tips Kesihatan

Merawat masalah Obesiti

May 17th, 2009

Merawat masalah Obesiti

Pada hari ini masalah lemak berlebihan yang keterlaluan atau juga dikenali sebagai obesiti merupakan antara topik paling popular dibicarakan terutama mengenai usaha untuk mencari penawarnya.

Pengaruh Barat yang dipaparkan melalui iklan-iklan dan pertunjukan-pertunjukan fesyen bahawa mereka yang bertubuh kurus dianggap cantik dan sempurna menyebabkan ramai di antara kita berusaha untuk mendapatkan berat badan yang sedemikian.

Selain kesedaran berhubung kesan obesiti pada status kesihatan dan perkembangan psikososial seseorang, berat badan berlebihan sering dikonotasikan dengan gambaran negatif. Namun, rata-rata mereka yang berusaha mendapatkan berat badan idaman dan mengekalkannya sering menemui jalan buntu.

Pakar Perunding Perubatan (Endokrinologi), Jabatan Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Nor Azmi Kamaruddin berkata, dalam menangani masalah obesiti, individu terbabit kena memahami tubuh badan dan keadaan diri mereka sendiri. Menurut beliau, mereka yang ingin menurunkan berat badan perlu realistik. “Senario proses menurunkan berat badan yang kita lihat hari ini rata-ratanya agak tidak praktikal. “Contohnya, jika berat badan ialah 100 kilogram, individu terbabit ingin menurunkan hingga ke 60 kilogram. Ini adalah sesuatu yang tidak praktikal dan mustahil,” ujarnya.

Obesiti diertikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak. Dianggarkan sebanyak enam peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah ini. Menurut Dr. Nor Azmi, peningkatan penyakit diabetes di negara ini sejajar dengan meningkatnya masalah obesiti.

Pada tahun 2000, kadar peningkatan diabetes meningkat hingga 10 peratus berbanding tiga peratus pada tahun 1992. “Di England, peningkatan obesiti sama banyaknya dengan masa yang dihabiskan ketika menonton televisyen,” jelasnya. Tambah beliau, dalam usaha menurunkan berat badan masalah yang sering timbul ialah mengekalkannya. “Biasanya apabila kita telah berusaha untuk mengurangkan berat badan, masalah yang muncul ialah untuk mengekalkan berat badan baru yang telah kita peroleh,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang ingin menurunkan berat badan supaya tidak terlalu obses dengan berat badan yang mereka ingini. Sebaliknya, sasaran utama yang perlu ditekankan ialah individu terbabit haruslah realistik dengan berat badan yang ideal dan sesuai dengan ketinggian mereka.

Pada peringkat awal, cuba kurangkan berat badan sebanyak 10 peratus dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan. Tambahnya, mereka yang menghadapi masalah obesiti juga tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan program-program menguruskan badan yang banyak digembar- gemburkan di media massa. “Sebahagian besar produk atau program-program yang ditawarkan untuk menguruskan badan terbukti tidak benar-benar berkesan. “Memang ada yang berjaya dengan menggunakan kaedah ini, tetapi kejayaan seseorang tidak boleh dijadikan ukuran sebenar untuk menilai keberkesanan sesuatu produk,” ujarnya.

Dr. Nor Azmi memberitahu, untuk membuktikan sama ada sesuatu produk itu benar- benar berkesan kepada pengguna, ia haruslah dibuktikan secara saintifik dengan lebih 50 peratus pesakit berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh enam hingga 12 bulan. Menurut beliau, terdapat empat kaedah yang perlu dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah obesiti. Ini termasuklah diet, senaman, ubat-ubatan dan pembedahan.

Diet
1.   Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.

2.   Elakkan menggunakan susu pekat manis.

3.   Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.

4.   Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.

5.   Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan.

6.   Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.

7.   Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan.

8.   Senaman:

o   Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.

o   Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali.

o   Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.

9.   Ubat-ubatan – Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga 10 peratus berat badan. Terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu:

o   Lipase inhibator. Ubat ini menghalang enzim lipase di dalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh. Bagaimanapun, ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki sistem penghadaman makanan.

o   Ubat mengekalkan paras hormon adrenalin dan serotonin. Dengan memakan ubat ini, ia akan mengawal fungsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang. Kesan sampingannya ialah hipertensi, sukar tidur, jantung berdebar, panas dan sebagainya.

o   Ubat kencing manis. Ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitiviti sel terhadap hormon insulin.

o   Ubat antikemurungan. Walaupun ia boleh menurunkan berat badan, ia tidak digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan.

10.   Pembedahan – Pembedahan ini bukan pembedahan kosmetik yang boleh menguruskan badan. Ia hanya digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti yang serius. Jaminan keberkesanan kaedah ini ialah sebanyak 90 peratus dengan pengurangan berat badan antara 30 hingga 50 kilogram. Namun, ia juga mempunyai implikasi tersendiri seperti muntah, kekurangan zat vitamin dan jahitan terbuka. Antara jenis pembedahan yang dilakukan ialah:

o   Jaw wiring – mengecilkan bukaan rahang mulut supaya individu tersebut tidak boleh makan dengan banyak.

o   Gastric reduction – mengecilkan kandungan perut supaya makanan tidak dapat diisi dengan banyak.

o   Ile-jujenal bypass (Roux-EnY) – pembedahan pintasan di mana perut akan disambung terus ke usus kecil sekali gus menghalang makanan daripada dihadamkan.

Kesesuaian Berat Badan (BMI)
Kaedah untuk mengukur kesesuaian berat badan BMI (Indeks Jisim Badan) kg 72 Ketinggian (m2) 1.7×1.7 Ukuran berat badan boleh dilakukan berdasarkan panduan seperti:
1.   Normal: 17-25
2.   Berat badan berlebihan: 25-30
3.   Obesiti tahap I: 30-35
4.   Obesiti tahap II: 35-40
5.   Obesiti tahap III: 40 ke atas

Punca

Hampir sebahagian besar masalah obesiti ini berpunca daripada faktor luaran seperti:
1.   Pemakanan. Pemakanan yang berlebihan terutama makanan yang mengandungi kalori (tenaga) tinggi. Ini termasuklah makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.
2.   Kurang melakukan senaman.
3.   Kesibukan bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa di depan komputer.
4.   Penyakit-penyakit metabolisme endokrin seperti kekurangan atau terlebih hormon pertumbuhan kortisol. Sekiranya kekurangan hormon thyroxsin atau kekurangan hormon lelaki (testosteron) seseorang boleh mengalami masalah berat badan berlebihan. Ada kalanya ketumbuhan pada hipotalamus boleh menyebabkan individu mempunyai berat badan berlebihan kerana selera makan yang tinggi.
5.   Ubat-ubatan. Amalan memakan sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau ubat tradisional Cina boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes dan hipertensi.
6.   Masalah genetik. Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Sindrom-sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh menyebabkan obesiti.
7.   Sindrom metabolik. Sindrom metabolik iaitu sejenis penyakit keturunan menyebabkan seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan, diabetes, hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi, gout dan sebagainya.

Bagaimana menyukat tahap obesiti

Selain berat badan berlebihan, seseorang boleh menilai sama ada ia tergolong dalam kategori obesiti melalui ukuran diameter di pusat:
•   Bagi wanita jika ukuran melebihi 88 sentimeter = risiko tinggi mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti.
•   Bagi lelaki jika ukuran melebihi 102 sentimeter = risiko tinggi untuk mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti.

Implikasi obesiti

Risiko menghidap pelbagai penyakit seperti:
•   Penyakit hipertensi

•   Penyakit jantung koronari

•   Diabetes Mellitus

•   Kanser terutamanya kanser buah dada, usus dan lain-lain

•   Gout dan sakit sendi (osteoartritis)

•   Masalah pernafasan – sleep apnea syndrome

•   Masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder)

•   Bagi wanita mereka biasanya menghadapi masalah sakit puan seperti kitaran haid yang tidak menentu, ketidak- suburan dan sebagainya.

•   Risiko psikososial:
Individu yang terlalu gemuk akan menghadapi masalah kurang keyakinan diri kerana mereka menjadi bahan bualan. Dari aspek sosial, masyarakat memandang rendah terhadap mereka dan tidak ramai yang ingin bergaul dengan mereka. Kajian menunjukkan individu yang mengalami obesiti kurang mendapat peluang kenaikan pangkat dalam pekerjaan mereka kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat malas.

Filled Under: Artikel Menarik

Kejayaan Bai menurunkan 100kg

May 15th, 2009
Comments Off

Mazliwati Md Shah (31 tahun)

Dahulu ukur lilit pinggangnya 75 inci, sekarang sudah slim banyak, sudah tinggal 46 inci sahaja. Begitu juga dengan beratnya dari 208kg sekarang tinggal 108kg dan Bai dalam proses hendak menguruskan badannya lagi.
Waktu gemuk dahulu, bukan saja Bai susah nak jalan, dunianya hanya di atas sofa saja. Makan dan minumnya juga di situ. Nak basuh punggung sendiripun, maknya Nor Chik Talib, 58 yang lakukan. “Macam basuh punggung anak gajah…” kata Cik Nor lagi. Tapi disebabkan anak, Cik Nor lakukan dengan sesungguh hatinya. Hari ini, Cik Nor cukup bersyukur kerana semua penderitaan yang anaknya tanggung sudah berakhir.
Dahulu masa kecil, Bai cukup comel. Kulitnya putih melepak. Bila meningkat dewasa badannya masih “maintain”. Mungkin sudah tersurat, Bai akhirnya menghadapi Abdominal Cellulitis atau selulit pada perut dan Habbit Obesity atau kegemukan habit sejak 2004. Peliknya kata Bai berat badannya akan bertambah naik kalau dia tak makan. Hendak kata, dia makan terlalu banyak sangat mustahil tetapi dah suratan begini, Bai terpaksa terima. Dek kerana perutnya terlalu besar, timbul urat-urat sebesar jari kelingking di atas perutnya. Siapa yang tengok, pasti sedih. Jelas Bai lagi, kulit kakinya menjadi kehitaman dan kelihatan hodoh, seakan-akan kaki gajah. Tetapi sekarang, bila Bai dah cantik, struktur kulitnya juga dah berubah, lebih mulus.
Jelas Bai, ketika mula-mula mendapat rawatan di salah sebuah hospital di Sg Buloh, dari 208kg beratnya turun kepada 178kg sahaja. Bai menjalani pembedahan di HUKM iaitu laparoscopic gastric bypass bagi mengikat perutnya (usus makannya dipendekkan), berat Bai turun 158kg, turun sebanyak 20kg sahaja. Kata Bai, dia tidak pernah sedut lemak malah belum pun melakukannya lagi.

Apa rahsia Bai Kurus?

Hah! Inilah pengakhiran cerita paling menarik. Semua orang tentu nak tahu bagaimana Bai dahulunya terlalu gemuk, boleh turun sebanyak 100kg. Sebelum itu, bagi sesiapa yang nak cuba cara seperti Bai mesti tahan cubaan. Cubaan dari tidak mengadap makanan. Di HUKM, rutim makan Bai seperti berikut : Pagi, roti campur salad. Tengahari pula, sup sayur rebus (kosong sekosongnya termasuk tidak ada garam langsung) dan petang pula mihun sup campur sayur kosong sesenduk. Hah, jangan ingat semangkuk mihun sebaliknya dua sudu makan saja. Kalau ada yang sanggup, bolehlah ikut cara Bai di hospital.
Selama 72 hari di HUKM, berat Bai hanya turun 20kg saja. Selebihnya Bai mengamalkan JUS DIET MATE 5. Kalau nak tahu apa itu Jus Diet Mate 5 yang buat Bai kurus, ia formulasi dari seorang doktor dari utara. Baru 3 bulan makan, berat Bai dah turun 50kg. Memang menakjubkan!!!
Filled Under: Testimoni JDM5

Suzana tak malu lagi keluar rumah

May 15th, 2009
Comments Off
Sumber : Berita Harian

Utara: Suzana tak malu lagi keluar rumah

Oleh Zuliaty Zulkiffli
SUZANA MD NOOR / DR. ROZMEY CHE DIN


KELUAR: Suzana bersiar-siar di halaman rumahnya sambil ditemani Dr Rozmey setelah terperap selama lima tahun di dalam rumah.

Berat badan susut 40kg selepas ikuti program diet seimbang Dr Che Rozmey

KUALA KEDAH: Suzana Md Noor, 30, yang pernah memiliki berat badan mencecah 230 kilogram (kg) dan hanya berkurung di rumah sejak lima tahun lalu kini mula keluar rumah selain mampu berdiri berbanding dulu.

Sejak berat badannya susut 40kg dalam masa 40 hari, beliau bertambah yakin meneruskan diet seimbang seperti yang disarankan Penyelidik Obesiti dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Jitra, Dr Che Rozmey Che Din.

Beliau yang kini memiliki berat badan 190 kg mahu melupakan kenangan pahit memiliki tubuh besar sejak di bangku sekolah lagi.

“Sejak dulu, saya gagal menurunkan berat badan walaupun sudah mencuba pelbagai produk pelangsing badan di pasaran membuatkan saya hampir putus asa disebabkan berat badan yang semakin bertambah.

“Bagaimanapun, sejak menggunakan produk Dr Rozmey, impian untuk kurus semakin cerah kerana tidak perlu melakukan pembedahan, senaman atau suntikan dan yang penting adalah sabar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Putra, dekat sini, semalam.

Suzana berkata, walaupun sudah mampu keluar rumah, namun masih takut pergi jauh kerana bimbang perubahan dirinya selain mahu membiasakan diri terlebih dulu.

Beliau juga serik memiliki tubuh besar seperti dulu dan disebabkan itu terpaksa mengurangkan makan nasi serta lauk selain minum banyak air suam setiap hari.

“Ibu banyak membantu dan memberi sokongan dan saya gembira dengan perubahan ini. Saya juga takut untuk makan banyak seperti dulu kerana bimbang gemuk semula. Saya berazam mengurangkan berat badan bawah 100 kg kerana mahu bergaya seperti orang lain,” katanya.

Katanya, beliau kini sudah mampu menggunakan lima meter kain untuk dibuat baju kurung berbanding sebelum ini iaitu enam meter.

Beliau berkata, ukuran lilitan pinggangnya pula kini mencecah 152 sentimeter (cm) berbanding 160 cm bulan lalu.

“Sebelum ini, saya tidak datang haid hampir lima tahun dan ia amat membimbangkan. Sebagai wanita saya bimbang apa yang akan berlaku jika berkahwin kelak.

“Bagaimanapun, segala-galanya berubah apabila saya datang haid seperti orang lain dan saya bertambah yakin dengan diri saya,” katanya.

Ibunya, Saadiah Morad, 47, berkata, anak perempuan sulung tiga beradik itu turut membantunya membuat kuih setiap hari sebelum keluar berniaga setiap hari.

Katanya, sebelum ini sudah lebih RM10,000 dihabiskan untuk membeli produk pelangsing badan untuk Suzana menggunakan wang simpanan hasil jualan kuih tetapi gagal.

“Dia bertambah yakin dengan dirinya sehinggakan turut menambah pendapatan menjual produk Jus Diet Mate 5 ini untuk mencari wang saku untuk membantu menyara keluarga memandangkan dua adiknya tinggal berjauhan dari kami,” katanya.

Filled Under: Testimoni JDM5

Jus Diet Mate 5

May 12th, 2009
Comments Off

top_ad1

Jus Diet Mate 5 merupakan satu revolusi baru di dalam produk diet di mana formula yang ditemui begitu efektif di dalam mengatasi masalah kegemukan.

5 formula hebat Jus Diet Mate ! Mengawal selera makan, menghalang pembentukan lemak, mengurangkan pengambilan gula, meningkatkan kadar metabolisma dan menukarkan karbohidrat kepada tenaga yang merupakan 5 faktor utama di dalam pengurusan berat badan.

Kebaikan Jus Diet Mate 5

  • Mudah
  • Berkesan
  • Semulajadi
  • Selamat
  • Tanpa rasa lapar
  • Tanpa rasa sakit
  • Tanpa bersenam
  • Bertenaga dengan minda yang cergas
  • Menyihatkan jantung
  • Bagus untuk kencing manis dan darah tinggi
  • Membantu kesuburan wanita
  • Bagus untuk saraf dan sendi
  • Melancarkan usus
  • Merawat masalah kemurungan, susah tidur
  • Merawat migrane dan gastrik
  • Mengurangkan kolestrol dan mengatasi masalah stroke

Ramuan Utama Jus Diet Mate 5

1. Garcinia Cambogia (HCA)

Hydroxycitric Asid (HCA) yang terdapat daripada buahan Garcinia Cambogia sangat berkesan untuk menghalang pembetukkan lemak disamping bertindak mengaktifkan badan untuk menukar karbohidrat kepada tenaga dan bukannya lemak. Ianya juga begitu berkesan untuk bertindak mengawal selera makan.

Kebaikan Garcinia Cambogia:

  • Berkesan mengurangkan berat badan
  • Menghalang selera makan
  • Menghalang pembentukan lemak
  • Mengurang kolesterol
  • Menambahkan tenaga
  • HCA dalam garcinia combogia amat berkesan menahan kegemukan selepas memiliki berat badan idaman
  • Merawat masalah kemurungan, susah tidur, migraine, gastrik, kencing manis, darah tinggi.

2. Hoodia Gardoni
Mengurangkan selera (tidak ingat makan langsung selama lebih 24 jam!!!)
Berkesan dalam mengurangkan pengambilan kalori
Memberi tenaga tambahan
Semulajadi dan selamat untuk diamalkan

Herba ini dihasilkan daripada pokok Kaktus dari Afrika

3. Guar Gum

Merupakan juga ramuan yang diperkaya dengan fiber.

Kebaikan Guar Gum:

  • Memberi rasa kenyang
  • Bertindak baik bagi mencuci usus
  • Membuang lemak, glukos dan racun dari usus
  • Menyihatkan usus
  • Menyihatkan jantung
  • Mengatasi masalah stroke

4. L-Carnitine

Merupakan satu ramuan yang begitu berkesan dalam pembakaran lemak (fat burner), menambahkan tenaga dan mengekalkan tahap kecergasan badan sepanjang hari. L-Carnitine merupakan ramuan yang sangat mujarab dalam program diet di mana ianya sangat effektif untuk mengurangkan rasa lapar dan letih.

Kebaikan L-Carnitine:

  • Menambahkan tenaga dan mengekalkan tahap kecergasan badan sepanjang hari
  • Ianya ramuan yang bagus bagi melindungi jantung, saraf dengan bertindak sebagai agen antioksida

5. Inulin

Satu ramuan yang diperkayakan dengan fiber daripada buah-buahan. Rasa yang manis tetapi tidak diserap kedalam badan.

Kebaikan Inulin:

  • Bagus untuk kencing manis
  • Memberi tenaga tambahan
  • Meningkatkan kadar metabolisme badan

6. Soy Protein

Soy protein adalah sumber daripada protein lengkap tanpa kolesterol menggantikan protein haiwan.

Kebaikan Soy Protein:

  • Ramuan tanpa kolesterol
  • bagus untuk penjagaan jantung
  • Soy protein melancarkan kitar haid dan kesuburan wanita

 

cara pengambilan JDM5-idamanhati 

 

Filled Under: Produk HPM

Gain 5

May 12th, 2009
Comments Off

top_ad21

GAIN 5, satu lagi formulasi ajaib Dr. Rozmey, terbaik , selamat dan berkesan mampu menambah berat badan dan pertumbuhan otot-otot badan anda serta mengaktifkan berjuta sel badan dan organ penting badan berfungsi secara maksimum.

Campuran “whey protein” , Vitamin A,B 2, B3, B5, B6, C, kalsium, iodine,zinc,thiamine, biotin, folic acid mampu membina otot-otot badan yang baru, meningkatkan “growth hormone” dan pembesaran sel-sel badan selain memberikan tenaga dan meningkatkan selera makan.

Formulasi yg serba lengkap dan menyeluruh ini adalah yg pertama seumpanya di Malaysia dan ternyata mampu memberikan kesan pertumbuhan otot-otot badan yg amat cepat, berkekalan dan meningkatkan tahap kesihatan anda.

Bahan –bahan.

  • WHEY PROTEIN – Meningkatkan pembesaran dan jumlah otot-otot .
  • Mengandungi amino asid yang amat tinggi kualiti untuk membentuk otot-otot badan dan pembesaran dengan cepat.
  • Bertindak sebagai anti- oxida, anti hipertensi, anti-kanser.
  • VITAMIN A- Melindungi badan dari risiko jangkitan dan hasilkan kulit yang sihat.
  • VITAMIN B1- Thiamine penting untuk mengelak rasa lesu dan letih.
  • VITAMIN B2- Riboflavin (Vitamin B2), amat penting dalam pertumbuhan dan pembesaran badan dan membolehkan sel-sel badan mengunakan oksigen.
  • VITAMIN B3- Niacin membantu melancarkan pengedaran darah dengan mampu mengurangkan kolestrol dan menyihatkan jantung.
  • VITAMIN B5- Pantothenic Acid ( Vit B5) penting untuk menghasilkan CoA yang penting untuk sintesis sel-sel badan. Vitamin B5 amat penting untuk pertumbuhan badan, pembiakan dan proses penyembuhan badan dari luka dan diperlukan dalam menukar lemak kepada tenaga dan otot-otot.
  • VITAMIN B6 Pyridoxin (Vitamin B6) penting dalam pertumbuhan otot, saraf dan memastikan otot-otot sihat dan segar.
  • FOLIC ACID- Penting untuk pembentukan sel-sel darah
  • VITAMIN C -
  • VITAMIN D- Penting untuk pembentukan tulang dan otot-otot yang sihat.
  • BIOTIN Vitamin H penting dalam metabolisma badan, sejenis ko-enzim yang penting sintesis lemak, glukoneogenesis, leucine sistesis. Kekurangan biotin menyebabkan rambut gugur, dan kelemahan system immune., pertumbuhan tulang terhenti.
  • KALSIUM- Menghalang osteoporosis
  • IODINE- Meningkatkan pertumbuhan otak dan menghalang terbantut pembesaran sel-sel badan.
  • MAGNESIUM` Menghalang otot-otot dari keletihan
  • ZINC- Penting untuk kehidupan semua sel-sel badan dan ko-faktor untuk 100 enzim. Ia membantu pembesar sel-sel otot.


CARA PENYEDIAAN:

Campurkan serbuk GAIN 5 dengan 300 ml air dalam bekas yg bertudung , goncangkan Jus GAIN 5 diminum 1 jam sebelum makan.

Mereka yg terlalu kurus dan sukar menambah berat , boleh minum GAIN 5 dua kali sehari pada waktu pagi dan awal malam

Purata pertambahan berat badan sebanyak 2 ke 4 kg sebulan.

DENGAN GAIN 5 , KINI ANDA MAMPU MILIKI BERAT BADAN IDEAL

Filled Under: Produk HPM

ShoutMix chat widget

Komen Terkini

Exchange Banner

Link to us with the banner and we'll link back to you. You may use the codes below. Thank you!

idamanhati

<a href="http://jusmate5.idamanhati.com"><img title="idamanhati" src="http://idamanhati.com/jusmate/wp-content/uploads/2009/07/idamanhati.gif" alt="idamanhati" width="160" height="60" /></a>